KES tangkap khalwat yang melibatkan vokalis kumpulan Seventeen, Ifan dan Citra Monica digugurkan selepas pasukan pendakwa mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk meneruskan pendakwaan.
Pegawai penyiasat daerah Bandung, M Rifai memaklumkan pemeriksaan yang dilakukan pihaknya menunjukkan kejadian tidak pernah berlaku dan laporan polis yang dibuat oleh bekas suami Citra terhadap Ifan juga tidak dapat diteruskan.
"Hasil laporan tidak mencukupi dan siasatan tidak dapat diteruskan kerana setelah pemeriksaan dilakukan, menunjukkan mereka berdua tidak melakukan penzinaan," katanya.
Pada awal Jun lalu, peminat kumpulan Seventeen dikejutkan apabila penyanyi lagu kelmarin itu ditangkap dalam sebuah pangsapuri bersama seorang wanita berstatus isteri orang.
Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya, Riefian Fajarsyah kehilangan isterinya Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulannya selepas meninggal dunia dalam kejadian tsunami Anyer, Banten.
BACA: 'Biar aku bisa menuntut hak berpasangan denganmu di akhirat' - Rintih vokalis Seventeen
Asyraf Roslan
Sun Jun 30 2019
Pada awal Jun lalu, peminat kumpulan Seventeen dikejutkan apabila penyanyi lagu kelmarin itu ditangkap dalam sebuah pangsapuri bersama seorang wanita berstatus isteri orang. - Gambar fail/Instagram/ifanseventeen
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Tak cukup bukti, kes khalwat Ifan Seventeen dan Citra Monica sudahnya digugur
Kes khalwat yang melibatkan vokalis kumpulan Seventeen, Ifan dan Citra Monica digugurkan selepas pasukan pendakwa mendapati tiada bukti yang mencukupi.